Setelah berbincang, mendengar penerangan serta penjelasan daripada DAP melalui Wanita DAP Pulau Pinang, Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang amat kecewa dan merasakan adalah tidak wajar dan tidak berasas berita yang di sebarkan oleh akhbar harian arus perdana Utusan Malaysia pada 6 Mei 2011berkaitan isu DAP AKAN JADIKAN KRISTIAN AGAMA RASMI MALAYSIA.Pemberitaan yang bersifat perkauman, tidak berasas dan tidak bertanggungjawab ini sangat merbahaya. Ianya berpotensi menimbulkan suasana tidak selesa di antara umat dan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, bangsa & agama.
Untuk tidak menimbulkan suasana keliru dan rumit di kalangan umat & rakyat Malaysia, Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang dengan ini menggesa supaya Utusan Malaysia digantungkan segera. Pihak PDRM hendaklah bertindak secara professional dan tidak berat sebelah untuk melakukan siasatan terperinci untuk memPAStikan dalang utama pemberitaan merbahaya serta tidak bertanggungjawab ini.
Tindakan segera PDRM akan membuktikan ketelusan & kewibawaan mereka di dalam isu-isu yang menimbulkan perpecahan di kalangan umat & rakyat.
Memahami senario politik masa kini, Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang berharap supaya berita-berita saperti ini diselidiki dahulu sebelum disebarkan bagi memPAStikan suasana aman di kalangan umat dan rakyat Malaysia senantiasa terjamin.
Pihak Media digesa supaya bertanggungjawab di dalam penyebaran berita di dalam akhbar mereka.
Pihak PDRM digesa supaya senantiasa bertindak secara professional tanpa sebarang tekanan dari Pemerintah, Parti Politik, NGO atau Individu-individu tertentu. PDRM bertugas untuk PAStikan keamanan di kalangan umat & rakyat Malaysia. Itu mesti menjadi keutamaan mereka.
DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PULAU PINANG
7 JAMADILAKHIR 1432H / 11 MEI 2011
Read more...