Salam Aidil Adha 1430H dari DMPNPP

>> Thursday, November 26, 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Read more...

Muslimat mahu seminar khas dimanfaatkan

>> Wednesday, November 25, 2009

Ditulis oleh Harakah

KUALA LUMPUR : Banyak pihak menaruh harapan yang tinggi agar Seminar Perkakasan Parti yang didakwa merupakan salah satu jalan keluar terhadap krisis dalaman PAS, dimanfaatkan semaksimum mungkin.

Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata semua pihak yang terbabit perlu menggunakan seminar tersebut sebagai suatu platform bagi memberi penjelasan serta penerangan isu tersebut.

"Dalam menangani hal ini, apa yang penting bagi para pimpinan adalah mengadakan perbincangan dari hari ke hari," katanya kepada Harakah.

Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Kelantan turut meminta semua pihak agar berwaspada terhadap Umno-BN yang ingin mengambil kesempatan dengan memperbesarkan isu ini bagi memperlihatkan kelemahan PAS kepada rakyat.

"Rakyat kini telah kehilangan keyakinan terhadap Umno, dan mereka memberi harapan yang tinggi kepada Pakatan Rakyat," ujar Ahli Parlimen Rantau Panjang ini.

Oleh yang demikian, beliau menegaskan, agar Pakatan Rakyat perlu menunjukkan kesungguhan dan sokongan yang jitu dalam apa jua masalah dan keadaan yang timbul.

"Rakyat kini melihat Pakatan Rakyat berupaya menjadi kerajaan alternatif kepada rakyat berbanding kerajaan di bawah pentadbiran Umno-BN selama ini.

"Kita kena tunjukkan bahawa kita mampu menyelesaikan apa jua masalah dengan cara yang baik kerana setiap apa jua yang berlaku mengandungi rahmat dan hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

"Saya berharap seminar ini boleh meleraikan apa kusut dan menyatukan hati yang retak," katanya.

Read more...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum

>> Monday, November 23, 2009

Selamat datang ke blog Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang :)

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP