Islamic Fashion Festival (IFF) 2010

>> Sunday, October 24, 2010

Awasi Islamic Fashion Show

'Islamic Fashion Show' telah dianjurkan beberapa kali sebelum ini, namun penganjuran ketika itu tidak mendapat sebarang respon dari cendiakawan Islam, mungkin disebabkan fesyen-fesyen yang ditayangkan tidak begitu melampau. Ataupun ia tidak sampai ke pengetahuan golongan ini.

Namun pada tahun 2010, bertempat di sebuah negara bukan Islam, fesyen yang ditayangkan sudah jauh melampaui batasan. Berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media dan internet, pertunjukan fesyen yang dianjurkan adalah 'clear cut' bercanggah dengan Islam dan tidak layak diberi nama 'Islamic'. Malah ia sudah termasuk di dalam kategori mempersendakan Islam.

Kita menyedari, pihak penganjur mensasarkan keuntungan jualan lalu cuba meraih perhatian dan kelainan melalui penganjuran ini. Namun mereka sepatutnya lebih sensitif dalam menggunakan nama ‘Islam’ bagi perniagaan dan program mereka. Cuba bandingkan :-

  • Kita melihat bagaimana kewangan dan perbankan Islam di kawal oleh para ulama sedunia agar apa yang ditawar benar-benar secocok dengan kontrak-kontrak muamalah Islam, sama ada secara mikro dan makro. Itulah yang sewajarnya dilakukan apabila mereka menggunakan nama ‘Islam’ dalam produk perniagaan dan pembiayaan kewangan mereka.
  • Kita juga dapat melihat sebarang penggunaan tanda halal juga mesti melalui suatu piawaian yang digariskan oleh JAKIM dan badan-badan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.
  • Malah penggunaan nama ‘Buffet Ramadhan’ juga dipantau dengan baik sekali oleh pihak JAKIM.
  • Sesebuah unversiti yang ingin menawarkan apa sahaja kursus yang mempunyai label Islam, mereka akan dipastikan oleh lembaga akreditasi agar mempunyai tenaga pengajar bertauliah dan berkelayakan rasmi dalam ilmu Shari’ah. Susunan silibusnya juga mesti dipantau agar tiada yang menyeleweng.
  • Organisasi politik yang ingin meletakkan nama Islam pada parti mereka, perlu mendapat restu majlis raja-raja yang merupakan ketua agama bagi negeri-negeri.
  • Penceramah-penceramah yang ingin berceramah di khalayak awam juga turut dimestikan untuk mendapat tauliah dari jabatan agama Islam negeri.
Namun, dalam kes pertunjukkan fesyen ini, penganjur sewenangnya tanpa mendapat sebarang pengiktirafan dari pihak berkuasa agama dan para ulama, menggunakan nama Islam. Ini jelas satu tindakan yang tidak selari dengan semua item yang disebut di atas.

Pihak penganjur perlu sedar menggunakan label ’Islam’ untuk fashion show mereka adalah tindakan offensive atau menyerang kesucian Islam dan menyakitkan perasaan umat Islam.

Tindakan itu sekaligus menyelewengkan ajaran Islam berkaitan displin pakaian. Ingin saya nasihatkan, kepada penganjur dan semua fashion designer beragama Islam yang terlibat sebelum ini, wajiblah kalian menghentikan penyertaan dalam pertunjukan terbabit di masa akan datang, jika ia masih tidak dikawal. Ia berdasarkan firman Allah :-

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

Ertinya : Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam. ( An-Nisa : 140)

Jelas, ayat di atas dan banyak lagi, melarang apa jua unsur yang dianggap membantu menaikkan lagi sesuatu maksiat. Maka, kehadiran dan penyertaan ke majlis tersebut adalah ditegah oleh Allah.

ENGKAR SENDIRIAN & PROMOSI

Saya pasti, akan ada individu yang mencemik bibir dan ‘meluat’ membaca sebarang saranan seperti ini, kononnya ia menyekat sifat keterbukaan dan ‘close minded’. Ingin ditegaskan, jika mereka tidak suka hukum hakam berkaitan aurat, menuduhnya beku, ketinggalan zaman dan kuno serta lebih suka menyanggahinya dan membuka aurat. Biarlah dosa itu kekal di peringkat peribadi mereka, untuk ditanggung secara individu di alam barzakh dan akhirat. Jangan sesekali mempromosinya agar orang lain turut menjadi sepertinya.

Apabila itu dilakukan malah di’organisasi’kan, ia telah memasukkannya ke dalam satu sifat dan dosa yang lebih berat. Dari hanya sebuah dosa biasa, berkembang kepada sifat dan ciri laku kaum munafiq, yang mana sifat kumpulan ini adalah suka merosakkan Islam melalui kata-kata dan tindakan, namun dilakukan dengan menggunapakai label Islam agar objektif mereka terselindung.

Contoh jelas sifat ini boleh dilihat di dalam firman Allah berkaitan penubuhan Masjid Dhirar. Ia adalah adalah nama yang diberikan kepada sebuah masjid yang dibina oleh puak Munafiq di zaman Nabi s.a.w. Masjid tersebut hampir-hampir dialu-alukan oleh Nabi sehinggalah Allah swt menurunkan wahyu melarang Nabi dari mendirikan solat di dalam masjid tersebut. Firman Allah swt

وَالَّذِينَ اتَّخَذُواْ مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًا لِّمَنْ حَارَبَ اللّهَ وَرَسُولَهُ مِن قَبْلُ وَلَيَحْلِفُنَّ إِنْ أَرَدْنَا إِلاَّ الْحُسْنَى وَاللّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ * لاَ تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُواْ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ

Ertinya : Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan mesjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah: ""Kami tidak menghendaki selain kebaikan."" Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) ( At-Taubat : 107)

Allah sendiri menerangkan tujuan dan objektif masjid ini iaitu untuk menimbulkan kemudaratan, kekeliruan kepada umat Islam, dan memecahbelahkan kesatuan umat Islam dengan fitnah-fitnah dan tuduhan mereka sebagaimana yang pernah dilontarkan kepada ummu Mukmini Asiyah r.a.

Dari tindakan Rasulullah menjauhi masjid itu, ini jelas menunjukkan Nabi sendiri menunjukkan sunnah boikot dan menyekat diri dan tentunya para sahabat yang lain dari mendirikan solat di masjid berkenaan. Justeru, majlis pertunjukan fesyen ini adalah persis masjid dhirar, digunakan nama dan label Islam tetapi mengkehendaki kemaksiatan, kemudaratan kepada Islam atau hanya mementingkan ketamakan peribadi tanpa mengira jika ia boleh memudaratkan Islam.

Justeru, ingatan buat penganjur, penaja, fashion designer dan jemputan, dari sepatutnya hanya terhad satu dosa, jangan sesekali menggandakannya kepada ribuan dan jutaan. Penganjuran fashion show yang dilabel dengan nama Islam seperti ini, sesungguhnya amat merosakkan imej sebenar Islam.

PERTUNJUKAN MELAMPAUI BATAS

Islamic Fashion Show, khususnya yang dianjurkan pada tahun bulan Ogos, 2010 yang lalu, bukan sahaja melampaui batasan penutupan aurat yang diajarkan oleh Nabi. Malah ia juga bercanggah dengan kefahaman sebahagian pendokong ajaran Islam liberal itu sendiri. Saya tidak perlu menyertakan gambarnya di sini kerana semuanya berteraburan dan boleh didapati dengan mudah di media dan internet.

Sebagaimana kita faham, sebahagian pendokong Islam liberal tidak meyakini rambut wanita sebagai aurat, justeru hampir semua mereka sama ada tidak bertudung langsung atau bertudung secara tidak sempurna.

Namun apa yang dipersembahkan di Islamic fashion show itu telah lebih jauh melampaui kefahaman kumpulan itu apabila ia bukan sahaja tidak menutup rambut dengan sempurna malah, menggunakan nama nabi Muhammad di pakaian seksi mereka, memaparkan kaki, betis, belahan buah dada, peha, bentuk tubuh, belakang tubuh dan dada secara terangan dan menamakannya sebagai Islam.

Saya telah menyemak kesohihan gambar-gambar tersebut, dan terbukti gambar-gambar yang paling menyeleweng seperti berbaju dengan nama Muhammad, kain singkat, terdedah dada dan yang dinyatakan di atas sememangnya wujud di pesta fesyen 'Islam' di Monaco itu. Ia bukan super impose atau rekaaan menggunakan teknik fotographi. Sebahagian sumber asal gambar terbabit boleh dilihat di sini. Selebihnya anda boleh mencari cari sumber gambar di internet tanpa perlu saya menyertakannya.

Menurut hemat saya tiada pandangan dari mana-mana mazhab Islam yang boleh diguna pakai untuk menghalalkan tindakan tersebut, semuanya pasti mengharamkannya, sama ada kumpulan Wahabi, Salafi, Ahli hadis, Khalafi, Ahbash, Pondok, Pesantren, Syiah, Zohiri, ahli Tasauf dan lainnya.

Saya bimbang selepas ini mereka menggunakan ayat Al-quran di seluar dalam dan bikini rekaan kreatif mereka lalu dipertontonkan kepada umum, menjadi hidangan majlis Islamic fashion show.! Oleh itu fashion show ini bukan sahaja salah di sudut pandangan ulama Islam, malah juga salah pada pandangan kumpulan wanita Islam liberal.

Saya sedari ada fashion designer muslim yang menyertai pertunjukan itu merasakan festival ini adalah medan besar untuk melariskan produk masing-masing, menguatkan jenama dan menambah keuntungan perniagaan. Namun mereka perlu sedar, apabila majlis 'gilang gemilang' itu dicemari oleh unsur penghinaan terhadap Islam, majlis sebegitu bukan menambah keuntungan dan berkat perniagaan, malah memalapkan berkat dan menjauhkan peniagaan dari ruh Islam yang sebenarnya. Nabi pernah menegur individu yang berniaga di dalam masjid dengan kata baginda :

إذا رأيتم من يبيع أو يبتاع في المسجد، فقولوا: لا أربح الله تجارت

Ertinya : Apabila kamu melihat seseorang berniaga di dalam masjid, katakan kepadanya : Semoga Allah tidak memberi keuntungan kepada perniagaanmu” ( Riwayat Al-Tirmidzi)

Adakah peniaga muslim yang menyertai pertunjukan fesyen yang menghina Islam ini, ingin kami katakan demikian kepada perniagaanmu?. Sudah tentu ia tindakan yang valid kerana pertunjukan itu lebih berat mudaratnya berbanding meniaga di dalam masjid. Kedua-duanya sama dari sudut menjauhkan manusia dari Allah di tempat yang sepatutnya berzikir. Fikirkan..

JATUH MARUAH

Tidak sedarkah mereka, penganjuran seperti ini sebenarnya menjatuhkan maruah dan kedudukan tinggi wanita. Di manakah pejuang martabat wanita?. Adakah mereka layak dijadikan bahan tontonan lelaki dengan pakaian pelik atas nama fesyen.

Sukakah mereka, penonton lelaki ibarat raja yang dihidangkan pemandangan hamba-hamba wanita dengan pelbagai pakaian, mendedahkan kecantikan masing-masing?.

Lebih pelik, dimanakah isteri-isteri kepada suami yang menghadiri pertunjukan itu. Adakah dia bahagia apabila suaminya hadir dan membandingkan tubuhnya dengan tubuh ramping para model wanita yang tiada malu itu?.

Kalau kita merasa benci dan marah apabila pelukis kartun Denmark mencaci Nabi melalui kartunnya

Ahli parlimen Belanda menghina Al-Quran melalui filem pendeknya, 'Fitna',

Tentera Amerika menghina Islam dengan filem, dokumentari dan serangan roketnya,

Salman Rushdi menghina Nabi melalui tulisannya,

Kini tindakan menganjur, menjaya dan menyertai pertunjukan fesyen ini juga adalah sama kategorinya. Semanya adalah sangat ‘menyerang’ kesucian Allah, Nabi dan Islam, menyelewengkan manusia dari Islam sebenar dan secara sedar atau tidak, menghina Islam.

MENGAPA BARU SEKARANG?

Ada yang bertanya, mengapa sekarang baru bising-bising sedangkan program ini telah berlangsung tahun 2009 bertempat di sebuah hotel di ibu kota, manakala pada bulan Ogos 2010 yang lalu pula dilangsungkan di Monte Carlo, Monaco.

Jawapnya, yang salah tetap perlu ditegur jika disedari, tidak kira sama ada lewat atau cepat. Ia perlu agar ia tidak diulangi pada masa akan datang. Khususnya apabila founder dan pengerusi Islamic Fashion Festival ini adalah seorang lelaki yang saya rasa beragama Islam dari Malaysia. (Baca sini) dan info rasmi Islamic Fashion Festival.

Melihat ia sudah hampir dijadikan upacara tahunan dan pertunjukannya pada tahun 2010 yang lalu menampilkan fesyen yang semakin melampau (berbanding sewaktu festival 24 November 2009). Umat Islam yang prihatin, perlu menyuarakan bantahan ini juga agar penganjur membatalkan road show festival ini atau paling tidak, mengugurkan nama ‘Islam’ pada festival mereka.

Menurut jadualnya ia akan dilaksanakan lagi tahun hadapan di Turki pada 10 februari 2011.

Kita berharap akan ada individu dan pimpinan prihatin yang mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri Turki dapat berbuat sesuatu, sebelum Islam dihina sekali lagi oleh penganutnya, disorak sorai oleh musuh-musuh Islam seluruh dunia. Tidak perlu lagi nama nabi Muhammad dan Islam dibusukkan oleh musuh Islam di Denmark atau Belanda, Amerika, Israel dan lainnya. Kini hanya perlukan orang Islam sendiri.

JANGAN SAMPAI MALAYSIA DITUDUH MENGHINA ISLAM

Kita tidak mahu akan sampai satu ketika umat Islam seluruh dunia berdemonstarsi di jalan dan kedutaan Malaysia kerana alasan menghina Islam. Sebagaimana demonstrasi besar-besaran dilakukan kepada kerajaan Denmark dan Belanda suatu ketika dahulu. Jika itu berlaku, imej Malaysia pasti tercalar dengan hebatnya.

Jika ingin diteruskan, mereka mestilah melantik beberapa orang mufti atu cendiakwan Islam sebagai pemantau kepada semua design yang ingin dipamerkan. Jika tiada seorang mufti dan cendikiawan Islam pun yang sudi untuk menjadi pemantau dek kerana semuanya membantah dan menolak, maka tiadalah kelulusan untuk menggunakan nama ‘Islam’ pada pertunjukan fesyen itu.

Kerana itu, semua cendiakawan dan ilmuan Islam, khususnya pihak yang memegangkan tampuk kuasa agama adalah bertanggungjawab untuk menasihatkan sama ada secara sulit atau terbuka, menurut kadar kemampuan mereka.

Saya sedar, apabila isu ini dikaitkan dengan politik, sebarang teguran akan dilihat teguran politik. Hasilnya ia sukar diterima walaupun BENAR. Ia juga akan dipandang berat sebelah oleh segolongan orang, sebab itu saya kira tidak perlu bertubi-tubi mengaitkannya dengan politik kepartian.

Ia adalah hasil sebuah kejahilan global, merentasi politik kepartian dan mesti dibetulkan secara amanah oleh ulama Islam secara global dan tidak tertumpu kepada menyalahkan mana-mana parti politik secara khusus. wallahu'alam.

Sebarang caci maki politik kepartian tidak dialukan di sini. Hanya komentar berdasar hukum & sensitiviti agama sahaja. Please.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

22 Oktober 2010

Read more...

Sekolah Harapan: Alah bisa tegal biasa?

>> Friday, October 15, 2010

Siti Nadzirah Majeed Okt 13, 10


Kita sedia maklum, kerajaan negeri Melaka memulakan langkah dalam pembinaan dan pembiayaan sebuah sekolah khusus untuk pelajar hamil yang dinamakan Sekolah Harapan.



Sekolah yang ditempatkan di daerah Jasin, Melaka ini bahkan boleh menampung sehingga 40 orang pelajar. Ketika sekolah ini mula dilancarkan, saya berfikir untuk menyediakan masa membuat 'pemerhatian'.



Ternyata setelah lebih kurang 3 minggu sekolah ini dibuka, hipotesis saya benar; akan berlaku pertambahan pelajar dari semasa ke semasa. Walaupun di peringkat permulaan kita tahu tiada yang berani mendaftarkan diri. Sehingga saat ini, media melaporkan bilangan pelajar sudah melebihi 10 orang bahkan ada yang telah melahirkan.



Apa yang perlu kita risaukan soal kuantiti?



Inilah perkara pokok dalam isu ini. Pada pandangan saya, sekolah yang pada awalnya hanya diperuntukkan untuk 40 orang pelajar sahaja ini begitu 'berisiko' besar untuk menambah bilangan kerusi dan meja untuk pelajar lain lagi.



Saya begitu bimbang, sikap 'keterbukaan' para menteri kita ini akan menjadikan pepatah 'alah bisa tegal biasa ' diterjemahkan dalam isu ini. Mula-mula malu, kemudian ramai yang mahu. Lama-kelamaan, tiada apa lagi yang akan menjadi 'isu' kerana ia telah menjadi sebati dalam masyarakat kita.



Para remaja yang gemar bersosial tanpa batasan akan mula berasa 'selamat' setelah ada jaminan bahawa mereka tetap boleh 'menjadi manusia' seperti rakan-rakan sekolah mereka yang lain walaupun sebenarnya nilai hidup sebagai seorang manusia berakhlak itu makin terhakis dalam diri.



Saya juga ingin menimbulkan dua persoalan yang nyatanya akan memberi kesan berbeza. Pertama, jika benar seorang pelajar itu hamil sebelum sekolah ini diwujudkan dan beliau benar-benar menginsafi perbuatannya, mungkin benar dirinya 'layak' ke sekolah harapan ini (jika berpandukan matlamat penubuhan).



Tetapi kedua, jika pelajar tersebut hamil setelah wujudnya sekolah ini akibat rasa selamat akan 'terjaminnya' masa depannya walau hamil di luar nikah, ini yang bermasalah. Bahkan masalah ini memberi kemudaratan yang lebih besar kepada masyarakat kita berbanding keadaan pertama. Bukankah mengelakkan kemudharatan yang lebih besar itu adalah lebih perlu kita utamakan berbanding mewujudkan kebaikan yang sedikit?



Benar, kita tidak akan mampu menjangkakan masa depan. Tetapi, jika jalan yang kita gunakan lebih berisiko mengundang nilai negatif berbanding nilai positif untuk masyarakat, tindakan kita perlu dikaji semula.



Bernilai lagikah masyarakat kita jika hidup dalam budaya 'keterbukaan tanpa batasan' hingga mengurangkan nilai sensitiviti terhadap maruah dan kehormatan?



Penulis adalah TYDP Persatuan Mahasiswa Islam Universiti malaya merangkap Timbalan. Pengerusi Srikandi Gerakan Muslimat Muda 2010/2011

Read more...

>> Monday, October 11, 2010

Press Statement by Lim Guan Eng, Chief Minister of Penang at Komtar, George Town on 7th October 2010:

THURSDAY, 07 OCTOBER 2010 15:50

Total investment For Penang Now Ranked #3 In Malaysia’s With RM 2.25 Billion An Increase Of RM 717 Million Or Nearly 50% In A Month Compared To 2010 First Half Of RM1.5 Billion

Penang's total investment for Penang has surged from RM 1.53 billion for the first six months of the year to RM RM2.25 billion as at July 2010. In other words for the month of July alone, there was an increase of RM 716 million of investment or an increase of nearly 50% in one month as compared to the total investments for the first six months of the year. Penang's performance for the first 7 months until July 2010 of RM 2.25 billion is higher than the RM2.17 billion achieved for the whole of 2009.

This is based on Malaysian Industrial Development Authority's(MIDA) website today at www.mida.gov.my

Based on the latest MIDA Statistics for proposed capital investments in Malaysia, Penang has been successful in securing RM 2.25 Billion for the period of January till July 2010. Of this amount, RM738 million was secured from domestic investments while RM1.51 Billion of foreign investments were secured.

Projects Approved by State, Jan-July 2010 and 2009

Ringgit Malaysia - RM

State

Jan - July 2010

No

Domestic Investment
(RM)

Foreign Investment
(RM)

Total Proposed Capital Investment
(RM)

Selangor

197

2,276,365,159

1,605,964,954

3,882,330,113

Johor

108

1,579,291,594

1,150,605,064

2,729,896,658

Pulau Pinang

73

738,059,784

1,508,460,830

2,246,520,614

Kedah

30

275,736,923

1,585,065,421

1,860,772,344

Sarawak

27

244,440,933

1,377,843,146

1,622,284,079

Perak

27

737,034,069

873,334,784

1,610,368,853

Sabah

20

402,959,968

408,189,715

811,149,683

Melaka

21

144,461,413

601,542,319

746,003,732

Negeri Sembilan

23

207,347,168

309,360,236

516,707,404

Terengganu

4

268,298,680

-

268,298,680

Kelantan

5

87,331,000

82,224,000

169,555,000

Pahang

6

26,731,756

52,375,425

79,107,181

W.P.- Kuala Lumpur

3

32,172,606

-

32,172,606

W.P.- Labuan

1

14,866,935

-

14,866,935

TOTAL

545

7,035,097,988

9,554,935,894

16,590,033,882

With this latest investment figure, Penang is now ranked #3 behind Johor and Selangor in terms of Malaysia’s proposed capital investments. This compares to Penang's position as at June 2010 when Penang was ranked No. 5 at RM 1.53 billion. The state government records our appreciation to relevant state agencies such as InvestPenang, Penang Development Corporation, both the local councils and Federal agencies such as MIDA that have played a role in ensuring that Penang remains competitive.

Investors continue to make Penang their choice of location for investment due to 7 key factors:

1. Ready availability of skilled human talent

2. Effective and efficient supply chain management

3. Competent and reliable logistics and communications hub

4. Strong Intellectual Property Protection

5. Good Governance and effective government leadership

6. Building creativity and innovation in science and technology

7. Livable and intelligent city

Despite this encouraging improvement, Penang is still half way from this year's target of RM 4.2 billion. The state government will gain motivation from this latest performance to redouble our efforts to achieve our target of RM4.2 billion for 2010 which is double last year's investment figures of RM 2.1 billion.

LIM GUAN ENG

Read more...

Ramadhan Kareem dari Dewan Muslimat PAS Neg. Pulau Pinang

>> Tuesday, August 17, 2010

Read more...

Karnival Aura Ungu 2010

>> Saturday, May 15, 2010

Read more...

Sekitar Muktamar DMPNPP Kali Ke-21

>> Friday, May 14, 2010





Read more...

Muslimat PAS Pulau Pinang Sokong Kerajaan Pakatan Rakyat P.Pinang

>> Saturday, February 20, 2010

MUSLIMAT PULAU PINANG SOKONG KERAJAAN PR PPg


Amat mengecewakan apabila Mahkamah memutuskan bahawa YB Zambry Abd Kadir adalah Menteri Besar yang sah bagi Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. PM dgn segera & tanpa segan silu memohon supaya semua di Negeri Perak memberi peluang kepada Kerajaan Mahkamah tersebut.

Persoalannya, mengapa PM tidak memberi peluang yang saksama & adil serta seperti yg disarankan itu kepada kesemua Negeri2 di bawah PR yang telah di pilih rakyat dengan hak yg telah dibenarkan oleh Perlembagaan Malaysia?

Nasihat & permintaan yang “Double Standard” ini menunjukan bahawa PM sendiri tidak mendokong cita2 yg diwar2kan sebagai “1Malaysia”. Baginya, hanya Negeri di bawah pemerintahan BN saja patut di beri peluang,Negeri2 di bawah PR boleh di ganyang,di rampas, di usik, di laporkan, di kacau bilaukan oleh penyokong BN tanpa usul periksa & tanpa maruah.

Apakah sebenarnya yg hendak ditonjolkan oleh BN & rakan baru NGO Perkasa dalam usaha mengada2kan isu Melayu diketepikan di Pulau Pinang? Apabila pihak BN/UMNO membuat demontrasi, Polis & FRU membiarkan tanpa sebarang provokasi, sedangkan jika PR yg bercadang mengadakan demontrasi, 3 hari sebelum diadakan pihak Polis & FRU telah sedia menanti dgn segala macam senjata seakan2 satu rusuhan besar akan diadakan??

Apakah hanya BN/UMNO saja yg bertamaddun apabila mengadakan demontrasi, & PR pula hanya akan menghuruharakan keadaan persekitaran & peniaga akan rugi dan bermacam2 tuduhan lagi?

Tidak guna dibangkitkan isu2 yg ditimbulkan atau didemontrasikan oleh BN/UMNO & Perkasa di Pulau Pinang dan lain2 negeri di bawah PR.

Di Selangor pelbagai isu remeh diungkitkan bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa Negeri Selangor di bawah pemerintahan PR sangat jelek & tidak berkemampuan. Tindakan ini sebenarnya saperti kata Karam Singh Walia “meludah keclangit terkena ke batang hidung sendiri”,ckerana semua tindakan yang diambil sekarang itu adalah hasil dari ketidakcekapan pemerintah terdahulu yang memerintah negeri Selangor sejak 50 tahun dahulu??

Begitu juga di Pulau Pinang, isu Kg Buah Pala, isu roboh gerai, isu2 pengambilan tanah semua nya terpaksa ‘dicuci’ oleh pemerintah PR setelah BN yg memerintah sebelum ini meninggalkan kotoran ini? Amat menyedihkan bagi PR yg terpaksa membersihkan “kerja kotor” yang di tinggalkan pemerintah terdahulu.

Isu perarakan Majlis Sambutan MaulidulRasul, telah dipolitikan sebagai menghina orang Islam. Mana ada dalam perundangan atau suruhan yang menyatakan bahawa Majlis Sambutan Maulidul Rasul “MESTI” dengan perarakan? Ini hanya budaya Melayu Islam Malaysia sahaja yang kita buat tanpa usul periksa sejak dulu kala. Sedih sekali, mereka tidak dapat membezakan tuntutan agama dengan budaya! Ini ada 3 Negeri di bawah pemerintahan BN - Johor, Pahang & ……., telah terang2an mengumumkan tidak akan mengadakan perarakan Sambutan MulidulRasul pada tahun ini?? Apa sudah jadi dengan hura hara konon KM Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak hormati orang Melayu Islam kerana “bercadang membatalkan perarakan tersebut”? Yang sudah sah, terang & nyata mengumumkan tidak akan mengadakan perarakan MulidulRasul bagi BN ini, mengapa tidak dipersolkan??

UMNO/Perkasa, eloklah berhenti seketika, cermin dan nilai diri sama ada benar2 ingin memperjuangkan hak rakyat yg berbilang kaum & bangsa atau hanya memikirkan ‘survival’ politik perjuangan bangsa Melayu sahaja yg sudah tidak relevan dengan slogan ‘1Malaysia’ yg di cipta sendiri oleh ketua mereka itu?.

Perkasa yang sibuk hendak menjuarai isu2 Melayu sejagat, sudah ketinggalan kerana semua hak2 orang Melayu telah jelas termaktub di dalam Perlembagaan, jadi kerja buat mereka ini seolah2 ‘anjing menyalak bukit’. Apa faedah nya?

Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang dengan ini berdiri teguh bersama Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang menyokong Kerajaan PR di Pulau Pinang.


Aida Yusof Rawa
Ketua Penerangan,
Dewan Muslimat PAS Negeri PPg
19 Feb 2010

Read more...

DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PULAU PINANG GESA AMBIL TINDAKAN TERHADAP BLOGGER BIADAP

>> Monday, February 8, 2010

KENYATAAN DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI PULAU PINANG TERHADAP TINDAKAN AIB BLOGGER MENGGUNAKAN MUKA TGNA & DSAI BAGI GAMBAR YANG MEMALUKAN & TIDAK BERMARUAH !

TINDAKAN SEORANG BLOGGER (JEFFRYDAMIEN09) MENYEBARKAN GAMBAR YANG MENG'AIBKAN TOK GURU HJ NIK ABD AZIZ BIN NIK MAT, MURSYIDUL AM PAS YANG JUGA MENTERI BESAR KELANTAN ADALAH TIDAK WAJAR DAN MEMALUKAN!

TINDAKAN 'AIB DAN MENYALAHGUNA INTERNET SEPERTI INI ADALAH TIDAK BERMARUAH. BLOGGER SEPERTI ITU SEPATUTNYA DITAHAN SEGERA DAN DIAMBIL TINDAKAN MENGIKUT AKTA PENYIARAN INTERNET & MULTIMEDIA.

GAMBAR LUCAH SEPERTI ITU JUGA SEAKAN MENGESAHKAN TUDUHAN LIWAT TERHADAP DATO SRI ANWAR IBRAHIM YANG SEDANG MENGHADAPI PERTUDUHAN DI MAHKAMAH. LEBIH MEMALUKAN MENGGUNAKAN MUKA TGNA SEBAGAI ORANG YANG DI.....

TINDAKAN TIDAK BERTAMADDUN & KURANG AJAR SEPERTI INI TIDAK BOLEH DIBIARKAN. DMPNPPg DENGAN INI MENGGESA PIHAK POLIS UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA MENANGKAP BLOGGER TIDAK BERMARUAH ITU DENGAN SEGERA KERANA TELAH ADA LAPORAN DIBUAT PADA 4 FEBRUARI 2010 TEMPOHARI.

AIDA YUSOF RAWA
KETUA PENERANGAN
DMPNPPG
8 FEB 2010

Read more...

Karnival Penang Harmoni : "Sehari bersama Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang"

>> Thursday, February 4, 2010

Karnival Penang Harmoni telah berlangsung dari 1 Februari 2010 (Isnin) dan akan berakhir pada 7 Februari 2010 (Ahad). Terdapat pelbagai gerai jualan dan pameran-pameran dari seluruh jentera PAS Pulau Pinang, serta program-program menarik telah diatur sepanjang berlangsungnya karnival ini.

Pada 7hb Fberuari, Muslimat PAS Pulau Pinang akan mengadakan pelbagai program menarik sepanjang hari dan menjemput semua rakyat tanpa mengira latar belakang untuk turut serta. Jumpa anda di sana :)

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP